saing II

banding, imbang, tanding:
gadis yang hemat selalu mendalihkan lamaran orang yang bukan ~nya dengan pelbagai helah;

sesaing [Minangkabau] sebanding, sepadan, setanding;

bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba:
orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dengan bangsa-bangsa yang maju;

menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dan lain-lain):
seperti anak dagang yang serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal;

saingan tandingan, lawan:
Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dari Amerika Syarikat dalam memberi bantuan ekonomi kepada Yaman;

persaingan perihal bersaing, perlawanan (untuk atas-mengatasi), pertandingan:
getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yang kuat daripada getah tiruan;

pesaing orang (pihak dan lain-lain) yang bersaing(an):
dalam era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain.

berkongsi