sabit II

[Arab] sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):
apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya;
jika ~ kesalahan, dia akan dipenjarakan;

bersabit berkaitan (dengan), berhubungan (dengan):
segala hal ehwal yang ~ dengan tanah mestilah didaftarkan di dalam buku ini;

mensabitkan
1. menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah:
kesalahan itu telah dapat disabitkan;

2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):
keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk ~ semua yang tertuduh;

sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):
anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sebagai pengarah syarikat berikutan ~ itu;
Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka daripada mengedar dadah kepada memiliki sejumlah kecil kanabis.

berkongsi