rupa-rupanya

1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya:
~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana;

2. sebaliknya, melainkan:
yang disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya;

berupa
1. ada rupanya yang boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud:
roh ialah suatu kejadian Allah yang tidak ~;

2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sebagai:
lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas;

3. terjadi daripada, terdiri daripada:
memberi bantuan yang ~ mata benda;

4. elok rupanya, cantik:
bakal isterinya itu hendaklah orang yang berbangsa dan ~;

5. dalam keadaan (bentuk):
undang-undang yang diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yang mengandungi dasar undang-undang yang kasar sahaja;

6. berkelakuan, berperangai:
orang yang sistem sarafnya terganggu itu ~ seperti orang mabuk;

berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis;

merupa
1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dan lain-lain);

2. nampak membayang (dalam mimpi, angan-angan, dan lain-lain);

merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dengan):
rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur;

merupakan
1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa:
peti rahsia itu dirupakan buku;

2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan:
malaikat Jibrail dirupakan seorang yang cantik dan diberi bersayap;

3. menjadi, membentuk:
rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yang terpenting;
getah ~ 40% daripada pendapatan negara Malaysia;

4. [kiasan] melambangkan, melukiskan, menggambarkan:
Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir;
ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan;
~ diri

a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma:
Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua;
ia dapat ~ dirinya seperti harimau;

b) berlagak (berlaku dan lain-lain) sebagai:
dengan ~ dirinya sebagai seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan):
~ di hadapannya wajah anaknya yang nakal itu;
tidak ~ oleh akal
tidak masuk akal;

rupa-rupaan [sastera lama] [arkaik] rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa).

berkongsi