1. warna:
berkain batik lepas ~ biru tua;
2. warna muka, roman muka:
~ mukanya berubah menjadi marah;
hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang (peribahasa) orang yang tidak ber wang dipandang rendah;
serona sewarna, serupa;
berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya);
meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan:
cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial;
meronakan memberikan rona, mewarnakan:
karya sastera yang bernada protes dalam masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera.
berkongsi