berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului:
~ membeli tiket;
Pak Mat berempuh-rempuhan dengan penumpang-penumpang yang berebut tempat duduk;
merempuh menempuh (mencari jalan dan lain-lain) dengan paksa, mengharung, menyerbu:
kami ~ masuk;
kami berjalan ~ orang ramai;
~ rintangan kawat berduri;
~ maut tidak mempedulikan keselamatan jiwa;
rempuhan desakan, langgaran, serbuan:
semuanya lari bercempera kerana menghindarkan diri daripada ~ lembu;
rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas.
berkongsi