ranggas

1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi:
pokok papaya itu ~ daunnya;

2. ranting-ranting kayu yang mati;
tampak ~ tak akan meleting (peribahasa) perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut;

meranggas
1. gugur daunnya:
pohon-pohon yang sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~;

2. luruh bulu (buahnya):
ayam ~;

meranggaskan menyebabkan tidak ada daun:
cuaca panas dan musim kemarau yang berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yang dahulunya subur dan rendang;

peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan;

peranggas sesuatu (bahan, faktor dan sebagainya) yang menyebabkan pokok ranggas:
ulat beluncas disifatkan sebagai ~.

berkongsi