puak

1. kelompok (orang dan lain-lain), golongan, kumpulan, pasukan:
mereka dibahagi-bahagikan kepada beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yang lainnya tinggal membuat kerja masing-masing;

2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum:
bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa untuk berkenalan;

3. golongan orang dalam parti politik (tentera dan lain-lain) dengan fahaman atau pendirian yang tersendiri, parti:
perselisihan ~-~ dalam angkatan darat;
~ kebangsaan (nasionalis);
~ kiri
orang (parti) yang berfaham kiri;
~ liberal orang (parti) yang berfaham sederhana;
~ pembangkang parti politik yang bukan parti pemerintah;

berpuak, berpuak-puak,
1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok;

2. [bahasa percakapan] berbagai-bagai, berpecah-belah:
hidup berpuak-puak dan berseteru;

memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kepada beberapa puak:
orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yang kecil di situ;

kepuakan yang berkaitan dengan (sesuatu) puak:
akibat daripada itu maka semakin subur faham ~ yang mendukung pelbagai macam aliran fikiran;

berkongsi