pisang I

sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) yang bermacam-macam jenisnya, Musa spp.;
jenis-jenisnya:
~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dan lain-lain;
~ benang (manila) = ~ tali sejenis pokok pisang yang seratnya dibuat benang atau tali;
anak ~ [Minangkabau] panggilan atau gelaran kepada anak daripada keluarga sebelah bapa;
jantung ~ bunga pisang;
pucuk ~ daun pisang yang muda sekali;
seperti ~ rebah ki mendiamkan diri dengan tidak bergerak-gerak atau berkata-kata;
~ sesikat sengkuap;
~ ditanam tak berjantung (peribahasa) usaha yang tidak memberi hasil yang dimaksudkan;
~ masak separak (peribahasa) satu keluarga yang hidup berbahagia;
~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama (peribahasa) sahabat (keluarga dan lain-lain) yang hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan;
~ tak akan berbuah dua kali (peribahasa) sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang:
bagai rasa batang ~ (peribahasa) amat sejuk (badan);
bukan budak-budak makan ~ (peribahasa) seseorang yang tidak mudah ditipu atau diperdayakan;
mencari ~ gala tiada butir [Kelantan] menunggu ketibaan sesuatu yang tidak munasabah;
mendapat ~ terbuka (terkubak) (peribahasa) mendapat keuntungan dengan tiada bersusah payah;
mengenalkan diri bagai ~ lebat (peribahasa) beroleh bencana kerana keangkuhan diri;
menopang ~ yang tak berbuah (peribahasa) mengerjakan sesuatu yang tidak memberi hasil.

berkongsi