[Minangkabau]
1. cekap, pandai, pintar:
seorang jurutenung yang ~ telah pernah meramalkan hal ini;
2. betul, tepat (timbangan, waktu, dan lain-lain);
bungkal yang ~
a) anak timbangan yang betul;
b) [kiasan] keputusan (pertimbangan) yang adil;
3. yang (telah ditetapkan untuk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu (seperti ukuran, timbangan, mutu, dan lain-lain), dasar (asas) yang sah:
suhu ~;
sukatan ~;
waktu ~;
memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dan sebagainya) piawai:
bank data harus mencakup istilah yang dipiawaikan;
terpiawai sudah atau telah dipiawaikan:
pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dalam bentuk ujian personaliti yang ~;
piawaian asas (rujukan dan sebagainya) untuk penentuan sesuatu (seperti timbangan, mutu, dan lain-lain):
Malaysia memerlukan satu sistem ~ yang kemas kini;
kepiawaian kecekapan, kepintaran:
lalu hilang pulalah ~nya sebagai perjaka perkasa;