petang I

waktu selepas tengah hari (mulai dari matahari turun hingga matahari masuk), sore, lawan pagi:
matahari terbit lebih kurang pada pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pada pukul 6 ~;
hari sudah ~;
~ esok
waktu petang pada hari esoknya;
~ semalam waktu petang pada hari semalam;
besok ~
a) petang esok;
b) = besok ~nya petang yang berikutnya;
~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad;

sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk;

memetang-metangkan~ hari [Minangkabau] membuang-buang masa dengan berbual-bual dan lain-lain;

kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang;

pemetang-metangkan;
~ hari [Minangkabau] perintang-perintang masa.

berkongsi