1. lukisan (gambar) pada kertas dan lain-lain yang menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dan lain-lain;
2. lukisan (gambar) yang menunjukkan kedudukan bintang dan lain-lain di langit;
~ angin peta yang menunjukkan arah peredaran angin;
~ antarabangsa peta dunia yang biasanya berskala 1:1,000,000;
~ bahasa peta yang menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan;
~ bumi peta yang khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dan lain-lain);
~ kontur peta yang dilukiskan dengan garisan-garisan kontur;
~ kosong peta yang belum ditandai dengan nama tempat (letak sungai, gunung, dan lain-lain);
~ lakar peta sesuatu kawasan dan lain-lain yang dilukis dengan secara kasar dan mengandungi hal-hal yang penting sahaja;
~ laut peta yang khusus menunjukkan laut (pulau-pulau, aliran ombak, dan lain-lain);
~ timbul peta yang dibuat daripada tanah liat (plastisin) dengan gambaran bukit (gunung, sungai, dan lain-lain) seperti yang terdapat di muka bumi;
~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yang menunjukkan bandar, jalan, dan lain-lain);
berpeta berupa peta:
mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya;
memeta membuat peta;
memetakan
1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dan sebagainya) sesuatu dalam bentuk peta:
sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan;
2. menggambarkan, melukiskan:
Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yang bergaji kecil hidup;