1. sangat cepat, pantas:
air sungai itu mengalir dengan ~nya;
2. berkembang dengan cepat, maju dengan cepat:
mereka mendapat kemajuan ~;
perusahaan yang ~;
memesatkan
1. menjadikan pesat (pantas, cepat);
2. memperkembangkan (memajukan) dengan cepat, melaksanakan (menggerakkan dan sebagainya) dengan pesat atau lebih pesat:
keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yang cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yang terpilih;
usaha-usaha dan langkah-langkah yang membantu ~ perkembangan bahasa Melayu;
kepesatan perihal pesat, kemajuan yang pesat:
~ penubuhan dan pembinaan syarikat-syarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran;
pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memesatkan:
melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang.