1. amat perlu, sangat berharga (berguna), mustahak:
yang ~ baginya ialah pengakuan itu;
perkara yang sangat ~;
2. [arkaik] genting (keadaan), berbahaya, tegang:
musim yang ~;
mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dan lain-lain), memberatkan, mengutamakan:
mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup;
~ diri sendiri memikirkan hal (keuntungan) diri sendiri;
kepentingan
1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan:
ia sedar akan ~ bandar Melaka;
belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dengan hemat;
2. sesuatu yang penting (dituntut, dihargai dan sebagainya) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat:
masing-masing mempunyai ~ diri;
tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan;
~ umum kepentingan untuk orang ramai;
3. hak, saham dan sebagainya dalam sesuatu syarikat (harta, perniagaan dan sebagainya):
beliau menguasai 52% ~ dalam syarikat tersebut;
berkepentingan mempunyai kepentingan:
tidak dibenarkan orang yang tidak ~ masuk ke dalam.