penat

tidak mempunyai kekuatan pada fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas sesuatu kegiatan), jerih, letih, payah;
melepaskan ~ berehat, untuk menghilangkan penat;
~ lelah (jerih) = jerih ~
a)

sangat letih;

b) [kiasan] segala kesusahan (kesukaran);

berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah:
kita tak usah ~ menunggu lori dalam perjalanan;

memenatkan melelahkan, meletihkan;

kepenatan
1. kelelahan, keletihan:
nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca;

2. rasa penat (lelah, jerih).

berkongsi