1. dakap, kapuk;
bantal ~ bantal untuk didakap, bantal golek (guling);
2. depa untuk ukuran besar (benda bulat);
berpeluk berdakap, berkapuk:
Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dengan adinda baginda;
~ tangan (tubuh)
a) berdakap (bersilang) tangan di dada;
b) [kiasan] malas berusaha (bekerja);
duduk ~ lutut
a) duduk dengan tangannya mendakap lutut;
b) [kiasan] malas berusaha (bekerja);
berpeluk-pelukan, berpelukan saling berpeluk:
mereka ~ sebelum berpisah;
memeluk mendakap, merangkul:
maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anakanda baginda dengan tangisnya;
~ lutut
a) mendakap lutut;
b) [kiasan] tidak membuat kerja apa-apa;
~ agama menganut atau masuk sesuatu agama;
terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk;
takut di hantu, ~ ke bangkai (peribahasa) kerana takuntukan rugi sedikit lalu menderita kerugian yang banyak;
pelukan perihal memeluk, dakapan:
Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dalam ~ ibunya;
pemeluk
1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar):
si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~;
2. penganut atau pengikut agama:
~ agama Islam;
sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk:
Kumbai teringat lagi pada pokok sebesar ~ itu.