[bahasa percakapan] = berpegang, memegang;
berpegang = ~ pada
1. memaut sesuatu dengan tangan, berpaut (pada), berkuat (pada):
ia ternampak seorang budak hanyut yang ~ pada sekeping papan;
Zaini terhuyung-hayang mencari tempat untuk ~;
~ tangan
a) berganding tangan;
b) bekerjasama, bahu-membahu;
2. berpedoman atau berpandu kuat (pada):
mereka ~ kukuh pada adat dan agama;
~ pada yang benar;
~ pada prinsip-prinsip tertentu;
berpegangan
1. saling berpegang:
kami ~ melintas jalan itu;
2. berpegang pada, berpedoman pada, menggunakan pegangan;
memegang
1. memaut (menggenggam, mencapai) dengan tangan, menangkap (pencuri dan lain-lain):
ia terperanjat apabila orang ~ bahunya;
tangan kanannya ~ beg;
~ pencuri menangkap pencuri;
2. memakai (menggunakan) senjata dan lain-lain:
seluruh pasukan itu ~ senapang;
orang yang tidak ~ kad pengenalan orang yang tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan;
3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dan lain-lain), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dan lain-lain):
penghulu-penghulu yang ~ bala tentera;
segala yang ~ hasil negeri;
maka pada masa itu Inggeris ~ perintah dalam Melaka;
dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana;
4. melaksanakan (perintah, aturan, dan lain-lain), mematuhi:
ia ~ segala peraturan;
5. berpegang teguh pada (janji dan lain-lain), menerima (sebagai sesuatu yang boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dan lain-lain):
mereka tetap ~ adat;
cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai;
6. memasuki tubuh manusia (berkenaan (dengan) hantu dan lain-lain), merasuk:
saya ini dah dipegang syaitan;
~ amanah menjalankan amanah;
~ buku mengurus buku kira-kira (dalam perniagaan);
~ cempurit
a) memegang pimpinan;
b) memimpin sesuatu gerakan (dengan rahsia);
~ kemudi
a) memandu (kereta dan lain-lain);
b) memimpin (persatuan dan lain-lain);
~ peranan menjalankan peranan;
~ wang (duit)
a) menggenggam wang;
b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dan lain-lain);
c) mempunyai wang;
bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak (peribahasa) dalam keadaan serba salah;
memegangkan memegang untuk:
pegangkan budak itu bajunya;
pegangan
1. sesuatu yang dipegang:
kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya;
2. bahagian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dan lain-lain);
3. pekerjaan (daerah dan lain-lain) yang dipegang:
dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir;
4. sesuatu yang dijadikan dasar untuk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian:
ada beberapa perkara yang harus diingat dan dijadikan ~;
buku ~ buku pedoman;
hilang ~ hilang kepercayaan;
5. perbuatan memegang:
dicubanya melepaskan diri daripada ~ orang itu;
perpegangan pegangan;
pemegangan perbuatan memegang;
pemegang
1. alat untuk memegang sesuatu:
~ kanta;
2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dan lain-lain), pegangan;
3. orang yang memegang atau mempunyai hak atas sesuatu:
~ saham;
~ amanah orang yang menjalankan amanah;
~ andil (saham) orang yang memegang saham, persero;
~ buku orang yang mengurus buku kira-kira;
~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dan sebagainya) yang mempunyai polisi insurans;
~ rekod orang yang berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dan sebagainya dalam sukan atau kegiatan lain;
~ saham orang atau badan yang memiliki saham dalam sesebuah syarikat;
~ serah hak (Undang-undang) orang yang dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang;
~ wang orang yang menjaga hal kewangan (perniagaan dan lain-lain).