1. [sastera lama] hulubalang, ketua pasukan:
ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dengan beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda;
2. ketua atau pemimpin angkatan tentera:
Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik;
~ Agung (Besar) panglima tertinggi yang memerintah sesuatu angkatan tentera (daripada berbagai-bagai pasukan);
~ gajah [sastera lama] ketua yang menyelenggarakan urusan gajah;
P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri);
~ pangkalan ark syahbandar;
~ perang kanan (kiri) panglima perang yang di bawah panglima besar;
misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang (peribahasa) rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut.