1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dan lain-lain), lawan hujung:
buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya;
Haji Maunmenggigit-gigit ~ cerut;
2. permulaan, awal:
pergerakankebangsaan itu telah bermula pada ~ abad kedua puluh;
3. asal, mula, sebab:
Ramli menjadi ~ sebab daripada perbuatan-perbuatanwanita itu;
hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dankeputusannya dan lain-lain);
4. modal;
wang ~
a) wang modal;
b) yuranmasuk menjadi ahli (persatuan dan lain-lain);
~ bahu bahagian bahu dekat leher;
~ bedil tangkai atau gagang bedil;
~ cerita pokok (dasar) cerita;
~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata;
~ jalan
a) permulaan jalan;
b) [kiasan] keadaan (kelakuan dan lain-lain) yang mula-mula;
~ kata
a) kata pokok, kata dasar;
b) permulaan percakapan;
~ kaki bahagian di atas kaki (kuda);
~ leher leher di sebelah bawah;
~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu;
~ mata bahagian mata berhampiran hidung;
~ nama [Indonesia] nama benar (bukan nama keluarga dan lain-lain);
~ paha paha sebelah atas;
~ pedang hulu (tangkai) pedang;
~ pokok = pokok ~ sesuatu yang menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dan lain-lain);
~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga;
~ tangan bahagian tangan di bawah siku;
~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala;
si ~ = si ~ helat [Minangkabau] tuan rumah (penerima tetamu);
berpangkal bermula, berasal, berpunca:
sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ daripada adanya perbezaan pendirian antara keluarga;
tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dan lain-lain);
berpangkalkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal:
nama sesuatu yang khusus yang ejaannya ~ huruf besar;
memangkal, mangkal [Jakarta] berhenti di sesuatu tempat yang tertentu (teksi dan lain-lain);
memangkalkan
1. menyimpan perahu dan lain-lain di darat;
2. menempatkan tentera (kapal terbang dan lain-lain) di pangkalan;
3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (untuk diangkat dan lain-lain);
terpangkal pokoknya, modalnya;
menjual ~ menjual dengan tidak ada laba;
pangkalan
1. tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh);
2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain);
3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya:
dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya;
~ armada pangkalan kapal-kapal perang;
4. [Jakarta] tempat tertentu untuk berkedai, perhentian teksi, dan sebagainya;
~ data simpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer;
~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut);
si ~ [Minangkabau] tuan rumah (penerima tetamu);
sepangkalan [Minangkabau] tuan rumah (pada sesuatu jamuan dan lain-lain);
berpangkalan mempunyai pangkalan (di):
penempatan tentera Amerika Syarikat yang ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pada 24 November 1992.