embel II

[Jawa];

embel-embel, embel-embelan tambahan yang kecil-kecil (tidak begitu penting);

mengembel-embeli menambahi dengan sesuatu yang kecil-kecil atau tidak begitu penting.

ember

[Indonesia] sejenis timba (daripada besi dan lain-lain) untuk menimba air, baldi.

embrat

[Jakarta] sejenis perkakas seperti cerek besar untuk menyiram pokok bunga dan lain-lain.

embrio

(Biologi) 1. kandungan ibu dari satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudigah, janin;

2. janin haiwan pada peringkat awal pembesaran sebelum lahir:
pemindahan ~ daripada seekor haiwan ternakan kepada haiwan yang lain.