(Perubatan) penyakit yang menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, untut.
elegan
tampan, rapi, anggun:
dia kelihatan begitu ~ dengan mengenakan pakaian yang dicipta khas oleh pereka fesyen.
elegi
lagu, puisi, atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihan, terutamanya kepada orang yang mati.
eleh
[kata seru] kata untuk memperkecil-kecil seseorang:
~ , ingat dia lawa!
elektif
bersifat pilihan (berkenaan (dengan) mata pelajaran sesuatu kursus dan sebagainya):
di Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yang dijadikan sebagai mata pelajaran ~ wajib.
elektoral
berkenaan pilihan raya:
semangat 46 membuat pakatan ~ dengan PAS.
elektrifikasi
[Indonesia-Belanda] perlengkapan atau pemasangan tenaga elektrik pada jentera dan lain-lain;
mengelektrifikasi melengkapi atau memasang dengan tenaga elektrik.
elektrik
satu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, kepanasan, dan lain-lain;
keelektrikan selok belok elektrik:
dia mengambil satu kursus dalam ~;
pengelektrikan proses (atau perihal) memasang atau melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dan sebagainya) dengan tenaga elektrik:
~ kereta api.
elektro-
awalan asing berkaitan dengan tenaga (proses) elektrik, misalnya elektrolisis dan elektrokimia.
elektroanalisis
(Kimia) analisis kimia secara elektrolisis.