dudut

mendudut
1. mencabut:
kalau Raden Asan suka mengumpat orang lain, nanti lidah Raden Asan akan didudut dari kerongkongan;

2. menghirup (minuman), meneguk, menyedut:
dia ~ kopinya yang masih panas;

3. menghisap (rokok), menyedut (udara dan sebagainya).

duet

gubahan muzik (lagu dan sebagainya) yang dinyanyikan atau dimainkan oleh dua orang;

berduet
1. berpadu suara (dua orang) menyanyikan sebuah lagu;

2. berdua memainkan sebuah lagu.

duga akal

permainan atau pertandingan untuk menguji pengetahuan seseorang (peserta) tentang perkara tertentu dengan mengajukan beberapa soalan kepadanya, kuiz;

menduga akal menguji pengetahuan seseorang (peserta) tentang perkara tertentu dengan mengemukakan beberapa soalan kepadanya.

duga I

1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dan lain-lain) daripada batu atau timah yang bertali;
tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dan lain-lain);

2. agak, sangka, teka:
bayaran yang saya terima itu lebih besar jumlahnya daripada yang saya ~;

menduga
1. mengukur dalamnya laut (sungai dan lain-lain), mengajuk:
laut yang dalam boleh diduga;

2. mengagak, meneka, meramalkan, menyangka:
dari tadi dia ~ yang perkara itu akan berlaku;

3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui:
kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yang diadakan untuk ~ kedudukan pelajaran kami;

terduga
1. telah diduga, boleh (dapat) diduga;

2. tersangka, terhitung, terjangka:
lantikan Encik Ahmad sebagai Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali;

dugaan
1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan:
sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku;

2. cubaan, ujian:
hanya beberapa orang sahaja yang lulus ~ kelayakan untuk jawatan tersebut;

3. hasil daripada menduga;
~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dan sebagainya yang berlaku untuk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;
~ hidup ki kejadian yang sukar yang terpaksa dihadapi dengan tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup;
~ syaitan ujian yang berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yang tidak baik (seperti melakukan rasuah, pecah amanah, dan lain-lain);

pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan;

penduga alat (perkakas) untuk menduga (mengajuk);
batu ~ batu duga.

dugal III

[Sabah], [kata seru] gastritis:
pengidap ~ dinasihati supaya selalu minum air dan dilarang berlapar.

dugang

= tali ~ tali penahan (tiang penyokong) pokok supaya jangan rebah;

mendugang menahan dengan tali (menyokong dengan tiang) supaya jangan rebah (tumbang).

dugas

mendugas berjalan dengan gopoh-gapah:
apabila didengar anaknya menjerit, baginda pun ~ naik.