[Indonesia] pelakon drama, pelakon dalam sandiwara.
drastik
keterlaluan, terlalu keras (berkenaan (dengan) sesuatu tindakan dan lain-lain).
drebar
pemandu kenderaan:
Pak Mat bekerja sebagai ~ kereta tuan besar itu.
drel
tembakan serentak (senapang, meriam);
mendrel menembak (senapang, meriam) dengan serentak;
pendrelan penembakan serentak.
dresar
orang yang membantu doktor bedah semasa pembedahan.
dril
sejenis kain kapas yang tebal dan kukuh, biasanya digunakan untuk membuat seluar dan sebagainya.
dron
1. (Biologi) lebah jantan yang hanya berfungsi untuk mengawan dengan ratu lebah;
2. pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang. dropsi (Perubatan) longgokan bendalir serum yang tidak normal dalam tisu atau rongga tubuh.
drpd
[kependekan] daripada.
Drs.
[Indonesia] [kependekan] doktorandus (lelaki).
drumlin
(Geologi) bukit yang berbentuk bujur dan panjang yang terbentuk daripada puing glasier.