dorong

mendorong
1. menyorong (ke depan), menolak (dari belakang ke depan), tampil (ke depan):
kereta yang kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan;

2. [kiasan] memberangsangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu):
tidak pernah saya ketemui orang yang sanggup menolong dan ~ saya melanjuntukan pelajaran saya seperti Pak Man itu;
keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya untuk bekerja di kapal;
apa yang diutarakan mereka dalam mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yang meruap-ruap di dada mereka;
keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yang banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh;

dorong-mendorong bertolak-tolakan;

mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka):
dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium;

terdorong
1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan:
Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh;

2. [kiasan] terlanjur (melakukan sesuatu yang tidak baik), terlajak:
sesudah ~, baru timbul rasa sesal pada dirinya;
~ lidah (mulut, kata)
ki terlepas (terlajak) cakap;

3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) untuk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong:
tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ untuk mencurahkan segala isi hatinya;
~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya
(peribahasa) kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya;

dorongan
1. sorongan, tolakan, asakan;

2. [kiasan] galakan, anjuran, desakan, perangsang:
masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yang bertentangan faham;
dia berjaya kerana ~ yang kuat daripada ayahnya sendiri;

keterdorongan keadaan (perihal) terdorong:
~ orang untuk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi;

pendorongan perihal atau perbuatan mendorong;

pendorong
1. (benda) yang mendorong (menyorong, menganjur, dan lain-lain), penyorong, penolak;

2. [kiasan] sesuatu atau orang yang mendorong, penggalak, pemberangsang:
tidak ada ~ yang kuat untuk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan.

dorongarah

(Biologi) gerakan bahagian-bahagian pokok (seperti akar, daun dan lain-lain) yang disebabkan oleh cahaya matahari, tarikan bumi, atau air.

dos I

[Indonesia-Belanda]

1. kotak daripada kertas tebal;

2. kertas tebal, kadbod, kardus.

dos II

kuantiti tertentu ubat terapeutik yang diambil pada sesuatu masa;
~ maut dos yang melebihi sukatan ubat dan sebagainya yang ditetapkan yang boleh menyebabkan kematian kepada manusia, binatang dan sebagainya.

dosa

1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama:
segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar;
lebih baik mati dengan tidak berpahala daripada hidup bergelumang ~;

2. perbuatan atau kelakuan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip moral:
perbuatannya itu adalah satu ~ yang besar terhadap keluarga mereka;
menebus ~
berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan;
~ kering dosa (kesalahan) yang sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dari segi agama;

berdosa
1. melakukan dosa:
orang yang ~ akan menerima balasannya;

2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dan sebagainya):
lain orang yang ~ lain pula yang dituduh;

pendosa orang yang berdosa:
sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sebagai orang yang fasiq.