diskusi

perbincangan mengenai sesuatu hal:
majlis ~ yang mula-mula diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur;

berdiskusi berbincang:
setiap hari mereka ~ tentang persoalan-persoalan dalam pelajaran mereka;

mendiskusikan membincangkan sesuatu hal:
perkara yang akan didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel.

dislalia

(Perubatan) ketidakupayaan bertutur dengan sempurna disebabkan oleh kecacatan pada alat pertuturan luar.

disorientasi

proses atau keadaan yang mengelirukan atau membingungkan berhubung dengan masa, tempat dan identiti:
juruterbang mengalami ~ dan tidak dapat mengawal helikopternya;
sesungguhnya budaya lepak hanya satu manifestasi kecil dari gejala yang lebih besar, iaitu ~ budaya.

dispepsia

(Perubatan) rasa sakit dalam perut dan di sekitar sudu hati, biasanya disebabkan oleh ketidakhadaman makanan.

distaksia

(Perubatan) kesukaran mengawal pergerakan yang menyebabkan kaki dan tangan menggeletar dan sukar untuk berjalan seperti biasa.