denyar

berdenyar mengilat (cahaya), memancar;

denyaran kilat cahaya yang bergerak dengan cepat.

denyut

gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dan lain-lain);
~ jantung gerakan kembang kempis atau debaran jantung;
~ nadi gerakan nadi;

berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain):
apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir;
hatinya mendenyut menahan kemarahannya;

denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (berkenaan (dengan) nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut:
senaman boleh menderaskan ~ jantung.

dep I

mendep [Indonesia], [bahasa percakapan] tidak meneruskan sebagaimana sepatutnya (sesuatu hal, pekerjaan, usul, dan lain-lain), menahan (surat dan lain-lain), memeram.

depa I

ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki);

mendepa mengukur dengan depa (dengan mendepangkan tangan):
kuli-kuli itu sedang ~ kawasan yang mesti mereka kerjakan untuk hari ini;

mendepakan merentangkan atau menghulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan:
satu daripada gerak badan yang dilakukan ialah dengan ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan.

depak I

[Jakarta];

mendepak
1. menyepak, menendang:
pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yang membantah kehendak mereka;

2. [kiasan] memberhentikan (daripada jawatan, perkumpulan, dan lain-lain), memecat:
ahli itu telah didepak daripada persatuannya kerana tidak patuh kepada undang-undang persatuan;

pendepakan perihal atau perbuatan mendepak.

depak II

bunyi seperti bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke lantai dan lain-lain);

berdepak-depak berbunyi depak berulang-ulang;

mendepakkan membunyikan depak dengan lidah.