ceronggok

berceronggok duduk berkumpul ramai-ramai:
mereka itu duduk ~ dengan hati yang amat masyanghul.

cerot

[Pulau Pinang] seruan untuk menyuruh gajah memasukkan kakinya ke dalam sengkela (pasung).

cerpen

cerita pendek:
Harun tidak sahaja menulis novel, tetapi juga mengarang ~;
peraduan mengarang ~;

bercerpen menulis cerpen:
sejak akhir-akhir ini dia ~ pula;

mencerpenkan menghasilkan cerpen atau menulis karya kreatif yang berbentuk cerita pendek;

pencerpenan proses mencerpenkan sesuatu, penulisan cerita pendek:
keterampilan pengarang tersebut terserlah dalam bidang ~.

cerpenis

penulis cerpen:
keadaan masyarakat selalu menjadi bahan-bahan sindiran ~ kita;
Ishak Hj. Muhammad ialah seorang ~.