dasar atau pergerakan politik yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin.
zip
sejenis alat untuk mengancing (baju dan lain-lain) yang terdiri daripada dua bahagian yang bergerigi;
berzip
1. mempunyai (dipasang) zip:
bajunya ~ di belakang;
2. telah dipasang (ditarik) zipnya:
dia tidak menyedari yang seluarnya tidak ~;
mengezip memasang (menarik) zip (supaya tertutup pakaian, beg, dan lain-lain);
mengezipkan memasangkan zip (pada pakaian, beg, dan lain-lain).
zirafah
sejenis binatang yang tinggi dan panjang lehernya, dengan warna badan yang bertompok-tompok, Giraffa cameopardalis.
zirah
baju ~ baju besi, baju rantai;
dirah.
zirbad
[sastera lama] negeri di bawah angin.
zirkon
sejenis batu permata yang jernih dan terdapat dalam pelbagai warna seperti biru, hijau, kelabu dan perang.
zirkonia
pepejal berwarna putih yang digunakan dalam sepuh seramik, dan sebagai pengganti sintetik bagi berlian dalam barang kemas.
zirkonium
(Kimia) sejenis unsur logam yang tahan kakis dan digunakan untuk membuat aloi dan sebagainya.
zirnikh
[Arab] sejenis racun tikus, warangan.
ziter
sejenis alat bunyi-bunyian bertali banyak yang dipetik.