yatim

1. anak yang kematian ibu atau bapanya;

2. = ~ piatu anak yang kematian kedua-dua ibu bapanya;

keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa).

yaum

[Arab] hari;
~uddin hari dipertimbangkan kebaikan dan kejahatan (dosa dan pahala) seseorang;
~ ul-akhir hari yang kemudian;
~ ul-kiamati hari kiamat;
~ ul-Mahsyar hari dikumpulkan segala manusia (untuk diperhitungkan segala dosa dan pahalanya).

yayasan

1. pertubuhan yang dibentuk untuk mengusahakan sesuatu (seperti sekolah, badan penyelidikan, badan yang mengeluarkan biasiswa, dan lain-lain):
Universiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~;

2. bangunan khas untuk tujuan tertentu (seperti rumah sakit, rumah anak yatim, dan lain-lain).