[kependekan] Yang Amat Mulia.
Yamtuan
Yang Dipertuan, baginda.
yamyuh
sejenis unggas kacukan ayam dan puyuh.
yang I
1. (Linguistik) kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan:
rumah ~ besar itu;
orang ~ sakit itu;
2. (Linguistik) kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata-kata (ayat) berikutnya ialah penjelasan untuk kata-kata sebelumnya:
banyak orang ~ ingin bersalam dengannya;
3. kata yang digunakan sebagai kata penyerta, kata yang menentukan kata benda, kata sandang:
~ penting bagi kita ialah mengenai dasar;
~ kaya sama kaya;
4. [sastera lama] ada pun akan:
~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat;
5. [bahasa percakapan] kata penghubung untuk menyatakan isi atau huraian kata (ayat) sebelumnya, bahawa:
mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat;
Y~ Amat Arif rujukan kehormat untuk Ketua Hakim Negara (dalam situasi formal, seperti di mahkamah dan sebagainya);
Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yang digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar;
Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan;
Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yang digunakan untuk Undang (luak di Negeri Sembilan);
Y~ Arif rujukan kehormat yang digunakan untuk Hakim (pada situasi yang formal seperti di mahkamah dan sebagainya);
Y~ Berbahagia rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat);
Y~ Berhormat rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;
Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berketurunan raja;
Y~ Dipertua orang yang dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dan lain-lain);
Y~ Dipertua Negeri gelaran untuk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak;
Y~ Dipertuan gelaran untuk raja yang memerintah, sultan, tuanku;
Y~ di-Pertuan Agong gelaran untuk Ketua Negara Malaysia;
Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah;
Y~ Maha Mulia rujukan kehormat untuk sultan atau raja yang memerintah;
Y~ Mulia rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu;
Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat untuk keluarga diraja yang terdekat.
yang II
= yang-yang dewa;
beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa:
maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~;
Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dalam taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat;
kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan.
yang-yang
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar kerayung, Vitis hastata.
Yangki
1. orang Amerika umumnya;
2. [bahasa percakapan] pemuda yang terikut-ikut dengan gaya (yakni pakaian, kelakuan, dan sebagainya) pemuda Amerika;
seluar ~ seluar potongan seluar gembala lembu di Amerika.
yarmulka
sejenis tutup kepala kecil bulat yang dipakai oleh lelaki Yahudi, terutamanya apabila bersembahyang.
yas
hias.
Yasin
= surah (surat) ~ surah ke-27 di dalam Quran.