[Indonesia] peringkat mulai tidak datang bulan lagi (bagi perempuan yang berumur di antara 45 dengan 50 tahun), mati (habis, putus) haid.
yak I
belacak ~, melacak ~ terlalu banyak hingga bertimbun-timbun (buah-buahan, ikan, dan lain-lain);
beryak-yak, teryak-yak terlalu banyak.
yak II
sejenis lembu yang bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbai-jumbai, yang terdapat terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di Tibet, Bos grunniens.
yakin
betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dan lain-lain sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar:
dia masih tetap ~ bahawa jalan yang ditempuhnya bukanlah jalan yang salah;
mengetahui dengan ~ akan arah kiblat;
kami ~ dia akan berjaya dalam pertandingan itu;
berkata dengan ~ berkata dengan sungguh-sungguh;
meyakini
1. yakin (akan), mempercayai benar-benar (akan):
setelah ~ bahawa tidak ada orang yang mengintip, barulah dia membuka peti itu;
dia ~ kesanggupannya melawan musuh;
2. = meyakin-yakini menyelidiki dan sebagainya supaya yakin;
3. menaruh keyakinan pada;
meyakinkan
1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan:
dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dalam perkara itu;
2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin:
mereka tidak membawa apa-apa senjata untuk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang;
3. dengan bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius:
pelukisan masyarakat dalam kesusasteraan yang bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah;
4. menimbulkan keyakinan:
hujah yang ~;
keyakinan perihal yakin, kepercayaan yang sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan:
kita akan menjalankan semula kewajiban kita dengan penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita;
berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar:
ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat;
~ dalam apa jua bidang;
ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dan sebagainya) tidak yakin:
~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dalam masyarakat yang mendapat pendidikan Inggeris.
yakis
sejenis kera besar yang hidup di tanah.
Yakjuj wa Makjuj
[Arab] dua suku bangsa yang dipercayai akan membinasakan dunia apabila hampir kiamat.
yakni
iaitu (diikuti oleh kalimat yang menjelaskan lagi maksud kalimat sebelumnya):
majlis itu berhak bertindak dengan sendirinya, ~ dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa.
yakut
sejenis batu permata.
yakuza
1. pertubuhan jenayah Jepun yang terlibat dalam perjudian haram, peras ugut dan sebagainya;
2. ahli kegiatan haram atau samseng Jepun.
yakyung
sejenis kumbang yang bertanduk, kumbang gajah, kumbang kelapa.