xilena

(Kimia) sebatian organik berbentuk cecair, tidak berwarna, dan larut dalam alkohol dan eter tetapi tidak larut dalam air, biasanya digunakan sebagai pelarut, bahan api pesawat terbang dan bahan perantara dalam penyediaan sebatian organik lain.

xilofon

sejenis alat muzik yang terdiri daripada bar-bar kayu (biasanya dibunyikan dengan menggunakan dua batang pemukul kayu yang kecil).

xilolarium

koleksi sampel kayu zaman silam dan kayu yang masih wujud dengan dinyatakan nama biasa, nama tempatan, nama saintifik dan asal usul kayu tertentu, biasanya digunakan sebagai bahan rujukan untuk pengecaman dan pemiawaian nama.

Y2K

(Komputer) gangguan pada sistem komputer disebabkan oleh kegagalan komputer mengenal pasti data menjelang tahun 2000 sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna komputer, pepijat alaf.

ya I

1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);

2. huruf ke-34 abjad Jawi.