wisel

sejenis alat berupa tiub kecil dan sebagainya yang mengeluarkan bunyi siulan yang nyaring apabila ditiup:
sebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan kereta api itu akan bertolak, Ramlan dengan segera turun mencium tangan ibu bapanya.

wiski

minuman keras yang diperbuat daripada bijian, seperti barli, oat, rai, dan lain-lain.

wisma

1. rumah;

2. bangunan yang di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dan sebagainya:
W~ Persekutuan;
W~ Yakin.

wit

[Kelantan], [Perak];

mengewit mengarahkan (perahu dan lain-lain) ke tempat yang dituju.

witir

[Arab] ganjil (bilangan);
sembahyang ~ sembahyang sunat yang bilangan rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak dengan waktu subuh.