wenang

[Jawa] wewenang;

berwenang mempunyai hak (untuk berbuat sesuatu):
ketua regu itu ~ untuk menuntut ketaatan anggota regu;

sewenang-wenang, bersewenang-wenang
1. (membuat sesuatu) dengan sekehendak hati sahaja, dengan semahu-mahunya:
kita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu;

2. bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim:
tawanan mereka telah disakiti dengan cara yang kejam dan ~;

3. melakukan sesuatu tidak dengan teliti (dengan sembarangan sahaja, tidak dengan usul periksa):
kata nasional yang digunakan dengan ~ itu sangatlah mengelirukan;

kesewenang-wenangan perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;

kewenangan hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu.

werak, werek

[Jawa], [bahasa percakapan] orang yang mencari-cari buruh kontrak (biasanya dengan menggunakan tipu helah).

Wesak

Hari W~ hari perayaan keagamaan yang dirayakan oleh penganut agama Buddha pada bulan Mei setiap tahun.

wesel I

[Indonesia-Belanda]

1. = pos ~ surat untuk mengirim wang kepada seseorang (syarikat dan sebagainya) yang dikeluarkan oleh pejabat pos;

2. surat ~ surat yang membolehkan seseorang mengambil wang yang dikirimkan (di pejabat pos).