[Indonesia] akronim bagi warung telekomunikasi (iaitu tempat yang menyediakan khidmat telefon).
waru
sejenis tumbuhan (pokok kecil), baru-baru, baru laut, buah keras laut, Thespesia populnea.
warun (Sanskrit) [sastera lama] sejenis dewa laut.
warung
kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau:
~ makan;
~ kopi;
berwarung mempunyai (berniaga) di warung, berlepau.
wasak
[Arab] kemampuan yang terbawa oleh unta (lebih kurang 180 kati atau 109 kilogram).
wasangka
= syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi:
tegur sapa orang dijawabnya dengan tulus dengan tiada menaruh syak ~ sedikit jua;
berwasangka menaruh syak wasangka:
janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain.
wasap
wap yang terbebas daripada cecair mudah meruap yang kelihatan seperti asap, biasanya beracun dan kuat baunya;
mewasapi
wasi
[Arab] orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat.
wasiat I
kehendak yang penghabisan yang disampaikan oleh orang yang hampir meninggal (berkenaan (dengan) harta benda dan lain-lain), pesan yang terakhir:
aku telah satukan kamu semua dengan seberapa daya yang boleh seperti ~ ibu engkau itu;
surat ~ surat yang menyatakan kehendak orang yang meninggal;
berwasiat membuat wasiat, berpesan:
dia ~ kalau dia mati segala hartanya diberikan kepada isteri dan ibunya;
Khalifah Abu bakar telah ~ kepada Usamah dan tenteranya;
mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sebagai waris, mewariskan:
maksud hamba yang kedua ialah hendak ~ sekalian harta;
pewasiat orang yang membuat (meninggalkan) wasiat.
wasiat II
1.pusaka;
keris ~ keris pusaka;
2. yang bertuah, yang dapat membuat sesuatu yang ganjil dan lain-lain, yang aneh, yang ghaib:
tongkat ~.
wasiat III
[Indonesia] ;
Kitab W~ Baru (Lama) Kitab Perjanjian Baru (Lama) dalam agama Kristian.