warna

1. kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya, rona:
~ merah;
~ hijau: ~ cempaka;
~ tua;
~ muda;

2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dalam kata majmuk):
~ sari;

3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu):
pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain;

4. [arkaik] kasta atau golongan (dalam masyarakat):
masyarakat Hindu mempunyai empat ~;
~ biji remia
[Kedah] warna ungu;
~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yang menjadi dasar untuk memperoleh warna lain;
~ karat warna coklat gelap dengan campuran warna merah atau kekuningan;
~ primer warna dasar (utama);
~ sekunder warna yang terhasil daripada dua warna primer;

berwarna
1. mempunyai warna (seperti merah, hijau, dan lain-lain), ada warnanya:
kain tabir ~ biru tua;
bangsa (kulit) ~
bangsa yang kulitnya hitam (coklat dan lain-lain), bukan bangsa kulit putih;

2. menarik, istimewa, berlainan daripada sesuatu yang biasa:
pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;

berwarna-warna = berwarna-warni.

mewarnai
1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dengan warna:
kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka;

2. [kiasan] meragamkan, mencorakkan, memberikan corak (yang tertentu) kepada:
kedua-dua ciri inilah yang ~ sesuatu budaya;

pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai):
mulakan dengan ~ pipi;

pewarna bahan untuk mewarnakan (mewarnai).

warna sari

1. berjenis-jenis bunga, bermacam-macam;

2. kumpulan bermacam-macam karangan yang penting-penting (indah dan lain-lain), antologi, bunga rampai.

warna-warni

1. berbagai-bagai warna(nya) (seperti biru berserta merah dan warna-warna lain):
bangunan yang dihiasi bendera ~;

2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam:
~ dalam puisi Malaysia mutakhir;

berwarna-warni
1. mempunyai warna yang berbagai-bagai, bermacam-macam warnanya, beraneka warna:
hulu keris itu dihiasi dengan permata yang ~;

2. mempunyai atau menunjukkan ragam atau corak yang berbagai-bagai, beraneka ragam:
tiga belas esei dalam terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yang ~ dan beragam;

mewarna-warnikan menjadikan berwarna-warni.

warta

berita, khabar:
tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang;
juru~
jurukhabar, wartawan;
~ berita berbagai-bagai berita;
~ harian surat khabar yang diterbitkan setiap hari;
~ kerajaan risalah yang diterbitkan oleh kerajaan untuk menyiarkan undang-undang (pelantikan dan lain-lain) yang telah disahkan oleh kerajaan;
~ sepekan [Indonesia] majalah yang dikeluarkan seminggu sekali;
~ dibawa pikat dan langau [sastera lama] perkhabaran yang belum sah, khabar angin;

mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan:
pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai;

terwarta telah diwartakan:
teks ~;

pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan;

pewarta orang yang memberitakan, pemberita.

wartawan

orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah;
~ bebas wartawan yang bebas menulis untuk sebarang akhbar (majalah);

kewartawanan yang berkaitan dengan bidang tugas (kegiatan dan lain-lain) wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah:
saya memilih jurusan ~ ;
serentak dengan perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dalam bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dalam disiplin ~ penyiaran.