waran

1. surat kuasa yang dikeluarkan oleh majistret, biasanya kepada pegawai polis untuk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dan lain-lain:
~ telah dikeluarkan untuk menangkapnya;

2. surat kebenaran yang membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat;
~ geledah perintah bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada polis atau pihak berkuasa lain untuk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dan sebagainya;
~ pencen surat yang membolehkan bayaran pencen dibuat;
~ tangkap surat kuasa yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pihak polis untuk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dan sebagainya.

waranti

jaminan secara bertulis yang diberikan oleh syarikat kepada pembeli untuk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yang dibeli jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu.

waras

1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya;

2. sihat rohani (mental, ingatan);
kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) [bahasa percakapan] gila;
fikiran yang ~ fikiran yang sihat dan sempurna (dapat berfikir dengan baik);

3. berdasarkan taakulan (berkenaan (dengan) pertimbangan, keputusan dan sebagainya), menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, rasional:
keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yang saksama dan ~;

mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dan sebagainya dengan memberikan penjelasan, fakta dan sebagainya yang logik atau dapat diterima akal, merasionalkan:
sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu;
dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yang dikemukakan dalam rencananya;

kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (berkenaan (dengan) otak atau fikiran);

ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).

warawiri II

[Jawa]

1. [bahasa percakapan] berjalan ke sana ke mari dengan tiada tujuan, mundar-mandir;

2. tidak tetap (pendirian dan lain-lain).

warden

1. orang yang bertanggungjawab menjaga seseorang atau sesuatu;

2. pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang atau peraturan tertentu:
permit sementara itu hendaklah dikemukakan kepada polis, para pegawai JPJ atau ~ lalu lintas apabila dikehendaki berbuat demikian.