sejenis alat komunikasi kecil mudah alih yang membolehkan dua pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pada jarak yang dekat.
wallah, wallahi
[Arab]
1. demi Allah (waktu bersumpah):
~, saya tidak bermain-main;
2. [kata seru] untuk menyatakan terperanjat (kehairanan dan lain-lain), ya Allah.
wallahuaklam
[Arab]
1. dan Allah jua yang lebih mengetahui;
2. [kata seru] untuk menyatakan keraguan (tidak mengetahui), entah;
~ bissawab dan Allah sahaja yang mengetahui sebenarnya.
walmana
= walimana.
walnat
1. sejenis pokok daripada genus Juglans yang mempunyai daun yang wangi, biasanya ditanam untuk menghasilkan kacang yang boleh dimakan dan kayu yang boleh dibuat perabot dan sebagainya:
kayu ~;
2. kacang berwarna perang dan berkedut-kedut, yang boleh dimakan begitu sahaja, dijeruk atau dibakar untuk dicampurkan ke dalam aiskrim, biskut, kek dan beraneka jenis pencuci mulut.
walrus
sejenis mamalia laut (seperti anjing laut), biasanya di laut utara, yang diburu untuk mendapatkan kulitnya.
waltz
1. sejenis tarian Barat yang dua orang penarinya menari (biasanya sambil berpimpin tangan) dengan langkah tertentu mengikut rentak muziknya;
2. muzik untuk tarian ini.
waluku
[Jakarta] bajak, luku, tenggala.
wam
~ panas ruam atau guam (yang timbul kerana panas).
wan I
akhiran asing
1. orang yang ahli (atau pelaku) dalam sesuatu bidang pekerjaan atau tugas, misalnya angkasawan, sejarawan dan pustakawan;
2. orang yang memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, misalnya hartawan, ilmuwan, jutawan dan dermawan.