wali I

1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yang boleh menikahkan pengantin perempuan:
Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yang kuat, iaitu bapanya sendiri;

2. orang yang diberi kuasa (dalam Islam) untuk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa;

3. = ~ Allah = waliullah orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat pertolongan-Nya dengan dirapatkannya pada kehadiran-Nya:
saya ini bukannya keramat atau ~ Allah;

4. orang yang memerintah sesebuah daerah (negeri dan lain-lain);
~ akrab, ~ ikrab
a) orang yang layak menjadi wali yang sangat rapat hubungannya dengan pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yang sulung, atau ayah saudara;
b) ayah atau ibu kepada anak yatim yang layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa;
~ kota [Indonesia] datuk bandar;
~ negara [Indonesia] ketua negara bahagian (pada zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat);
~ negeri [Indonesia]
a) ketua negeri;
b) Gabenor Jeneral;
~ rumah mamak yang berkuasa dalam rumah adat, tungganai;

berwalikan mempunyai seseorang sebagai wali;

mewalikan bertindak sebagai wali, menjadi wali untuk;

memperwalikan menjadikan seseorang (sebagai) wali, menunjuk seseorang sebagai wali;

kewalian darjat sebagai seorang wali:
sesiapa yang menafikan ~nya dituduh jahil;

perwalian
1. perihal wali;

2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya;

3. pengasuh negara yang belum boleh berkuasa sendiri.

wali II

[sastera lama] sejenis kain kuning yang disampaikan di bahu pegawai istana yang membawa alat kerajaan.

walid

[bahasa percakapan] ayah, bapa:
perkahwinan kita mendapat restu ~, dan telah berlangsung dua puluh tahun genap.