[kata seru] untuk menyatakan kehairanan (rasa sakit dan sebagainya), aduh.
waduk
[Jawa]
1. perut besar (tempat mencernakan makanan);
2. = ~ air sejenis kolam tempat mengumpul dan menyimpan air untuk digunakan pada musim kering;
3. = ~ air sejenis tangki air yang tinggi.
wadung
[Jawa] beliung.
wafak
[Arab]
1. waktu yang pasti (berlakunya sesuatu);
2. setuju dengan, menurut.
wafat
[Arab], [bahasa halus] meninggal dunia (digunakan untuk nabi dan rasul):
setelah Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;
kewafatan kematian (nabi dan rasul):
selepas ~ Rasulullah, sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama.
wafel
sejenis pankek yang tebal dan rangup, biasanya dimakan dengan madu dan sebagainya.
wafer
sejenis biskut yang nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dengan aiskrim.
wagon
gerabak kereta api, gerbong.
wah
[kata seru] untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan lain-lain):
~, dahsyat sungguh!;
~, bukan main banyaknya wang masuk!
wahadah
wahdah.