volum

(Ekonomi) banyaknya atau kuantiti sesuatu:
pada hujung tahun, ~ jualan sebenar akan dibandingkan dengan apa yang ternyata dalam belanjawan;
satu daripada caranya adalah melalui carta harga dan ~ sesuatu saham.

volumetri

(Kimia) kaedah penyukatan mengikut isi padu;
analisis ~ (Kimia) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu.

voluntari

(Perubatan) dikawal oleh kemahuan (berkenaan (dengan) otot);
otot ~ otot yang dapat dikawal oleh kemahuan atau otak.

voodoo

kepercayaan yang melibatkan ilmu sihir yang diamalkan oleh sesetengah penduduk di Hindia Barat, terutamanya di Haiti.

votum

[Indonesia-Belanda]

1. suara (dalam pengundian);

2. hari mengundi, hari pengundian;
~ kepercayaan [Indonesia] penyataan percaya kepada kebijaksanaan atau kemampuan dan sebagainya (pemerintah, kerajaan).

voyeurisme

amalan mengintai orang lain bertelanjang, melakukan aktiviti seks dan sebagainya untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks.