udara

1. campuran berbagai-bagai jenis gas yang terdapat di atas muka bumi, hawa:
oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yang tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu;

2. ruang yang di atas muka bumi yang berisi hawa, angkasa, awang-awang:
debu berterbangan di ~;

3. berkaitan dengan penerbangan atau pergerakan menerusi udara;
angkatan ~ pasukan tentera yang menggunakan kapal terbang;
kapal ~ = pesawat ~ [Indonesia] kapal terbang;
pelabuhan ~ lapangan terbang;
pos ~ kiriman (surat, bungkusan, dan sebagainya) yang dibawa dengan kapal terbang;
tetuang ~ ark radio;

4. keadaan hawa (cuaca, hari):
indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman;

5. [kiasan] keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, suasana:
hati manusia di seluruh dunia berdebar-debar apabila melihatkan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah;

mengudarakan memberi (memasukkan) udara;

pengudaraan perihal menggantikan udara lain.

udat

sejenis tumbuhan (pokok), api-api daun lebar (ludat, putih), ludat, Avicennia officinalis.

udik

1. kawasan (daerah) hulu sungai, bahagian hulu sungai;

2. kampung, desa, dusun, lawan kota:
kampung kami di ~ sekali, jauh dari kota;

3. [kiasan] tidak tahu adat, tidak sopan santun, tolol;
orang ~
a) orang dari hulu (kampung, dusun);
b) orang yang tidak tahu adat, orang bodoh;

keudikan [kiasan] perihal udik, kebodohan, kedusunan, kekampungan:
puterinya cepat mengerti ~ pandangan sang bapak.