tungkahan

[Minangkabau] kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;
bagai rupa ~ (peribahasa) muka orang yang sangat buruk;
berunding dengan ~ (peribahasa) perihal menanyai atau menasihati orang yang hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).

tungkai

[Minangkabau] bahagian badan dari pangkal paha hingga tapak kaki, kaki;

menungkai
1. merebahkan kerbau dan lain-lain sesudah diikat kakinya;

2. = ~ tapak [kiasan] mengatur langkah, berjalan.

tungku I

= ~ dapur = batu ~ batu dan lain-lain yang diletakkan sebagai tempat memasak (dapur, keran):
dapur minyak sudah menggantikan ~ dan kayu api;
~ kera (pelanduk)
sarang sejenis serangga (kiak-kiak).

tungkul I

menungkul [sastera lama] mengaku kalah, takluk, tunduk;

penungkul pemberian (kpada pihak yang menang) kerana sudah takluk.

tungkum

menungkum meniarap (dengan muka ke bawah), menelungkup;

menungkumkan meletakkan menelungkup, meniarapkan, menungkupkan:
dia pun ~ muka ke bantal dan menangis terus-terusan.

tungkup

[Minangkabau] telangkup, telungkup;

menungkup menelungkup, meniarap;
~ menelentangkan ki menimbangkan (meneliti) dengan sungguh-sungguh;

menungkupkan menelungkupkan, meniarapkan;

tertungkup
1. tertelungkup, tertiarap;

2. ki menanggung rugi, mendapat kecelakaan, dan lain-lain.