[Terengganu] sejenis pari kecil.
tukai
menukai [arkaik] menugal (ladang dan lain-lain);
tugal.
tukal I
ukuran banyaknya benang (1 tukal = 16 rian, 16 tukal = 1 bantal).
tukal II
[Kedah] tugal.
tukal III
[Terengganu] sejenis labu yang tebal isinya dan berwarna kuning.
tukam
menukam menziarahi orang mati, melawat.
tukang I
1. orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, pandai;
~ besi orang yang pandai membuat alat daripada besi (parang, pisau, dan lain-lain);
2. orang yang pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dan lain-lain) sesuatu yang tertentu:
~ catat;
3. orang yang suka atau biasa melakukan sesuatu (yang umumnya kurang baik);
~ copet orang yang gemar mencopet;
4. ahli (sebagai kata cemuhan);
~ kritik orang yang gemar mengkritik orang lain;
~ air penjual atau pengangkat air;
~ ampu orang yang suka mengampu (bermuka-muka dengan ketuanya dan lain-lain);
~ andam orang yang pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan);
~ api orang yang menjaga api (di kapal dan lain-lain);
~ arloji orang yang pekerjaannya membaiki jam;
~ asah [sastera lama] orang yang pandai mengasah gigi;
~ bang bilal, muazin;
~ batu orang yang pandai membuat perkakas daripada batu;
~ beca penarik beca;
~ bendera = ~ kebut [Indonesia] penjaga garisan (dalam permainan bola sepak dan lain-lain):
~ botol = ~ loak orang yang membeli dan menjual barang-barang lama;
~ canai tukang mengasah pisau dan lain-lain;
~ catut broker (cangkau);
~ cerita orang yang suka bercerita;
~ cetak orang yang pekerjaannya mencetak (buku dan lain-lain);
~ cuci dobi, penatu;
~ cukur orang yang pekerjaannya mencukur (janggut, rambut, dan lain-lain);
~ daging penjual daging;
~ dobi pencuci kain (pakaian);
~ elektrik orang yang memasang dan membaiki alat-alat elektrik;
~ emas orang yang pandai membuat barang-barang perhiasan dan lain-lain daripada emas;
~ es [Indonesia] penjual air batu (aiskrim);
~ gambar orang yang kerjanya mengambil gambar dengan kamera;
~ gerobak orang yang pekerjaannya menjalankan gerobak;
~ gunting orang yang pekerjaannya menggunting rambut;
~ hias jurusolek (pesolek);
~ ikan penjual ikan;
~ jahit orang yang pekerjaannya mengambil upah dengan menjahit;
~ karang orang yang mengarang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dan lain-lain);
~ karut orang yang paling penting dalam persembahan dikir barat yang menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak;
~ kasut = ~ sepatu orang yang pandai membuat (membaiki) kasut;
~ kayu orang yang pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dan lain-lain) daripada kayu;
~ kebun orang yang menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dan lain-lain);
~ kelarah orang yang pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul;
~ kereta orang yang pandai membaiki kereta;
~ korek orang yang suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dan lain-lain);
~ lelucon pelawak;
~ mabuk pemabuk;
~ masak orang gajian yang kerjanya memasak;
~ pangkas tukang gunting;
~ pedati orang yang pekerjaannya menjalankan pedati;
~ pidato orang yang pandai berpidato;
~ pos penghantar surat-surat pos, posmen;
~ rumah orang yang kerjanya membina atau membaiki rumah;
~ sapu orang yang kerjanya menyapu sampah;
~ sate orang yang menjual sate;
~ sampah orang yang mengangkat sampah;
~ sayur penjual sayur;
~ sihir orang yang pandai membuat sihir, ~ serabot orang yang suka menyerobot;
~ silap mata pemain silap mata;
~ sukat pekerja yang menyukat (mengukur) tanah dan lain-lain;
~ sunat mudin;
~ susu penjual susu;
~ tadah orang yang menerima barang-barang curian;
~ tenun penenun kain dan lain-lain;
~ tenung ahli nujum;
~ ternak wang orang yang meminjamkan wang dengan mengambil bunga;
~ ubat penjual ubat;
~ urut orang yang pandai mengurut;
~ wang orang yang menjaga urusan wang (di pejabat dan lain-lain);
~ warung orang yang mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dan lain-lain);
~ tidak membuang kayu (peribahasa) orang yang cerdik sayang kepada sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya;
bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dan lain-lain):
aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~ ;
tukang-menukangsegala yang berkaitan dengan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dan lain-lain);
menukangi mengerjakan sesuatu sebagai tukang:
ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya;
ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang:
sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kepada aku;
pertukangan
1. perihal bertukang;
sekolah ~ sekolah untuk melatih orang menjadi tukang;
2. pekerjaan bertukang:
ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula;
3. persatuan (himpunan) para tukang.
tukang II
burung ~
a) = ~ besi sejenis burung takau, Megalaima australis;
b) ~ malam sejenis burung, burung kubur, burung malas, burung segan, Caprimulgus asiaticus.
tukar
[bahasa percakapan] = bertukar;
~ barang bertukar barang dengan barang (dalam perdagangan);
~ cincin saling memberi cincin tanda (pada hari pertunangan);
~ ganti memberi ganti (benda yang telah hilang dan lain-lain);
~ tambah bertukar barang dengan memberi tambahan wang;
bertukar
1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi:
kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa;
2. berubah kepada bentuk (rupa dan lain-lain) yang lain:
mukanya yang jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram;
~ dari yang sudah-sudah berlainan (berubah) dari yang sudah-sudah;
3. berganti dengan yang lain, bersalin (pakaian dan lain-lain), bersilih (kulit, bulu, dan lain-lain):
timbanya yang dibuat daripada upih itu empat hari sekali ~;
4. berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain (dari kereta ke kereta yang lain dan lain-lain):
dia sekarang sudah ~ ke Ipoh;
~ adat berubah adatnya (berlainan daripada yang biasa);
~ akal menjadi gila;
~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian);
~ bulu
a) berganti dengan bulu yang baru (burung dan lain-lain), bersilih bulu;
b) [kiasan] berubah pegangan (pendapat, pendirian, dan lain-lain);
~ fikiran
a) berbincang, berbahas;
b) berubah pendapat (pendirian dan lain-lain);
c) gila;
~ ganti berganti dengan yang baru;
~ haluan berubah arah (haluan dan lain-lain);
~ hati
a) sudah berubah perasaan hati;
b) lain di mulut lain di hati;
~ kulit
a) bersalin kulit (ulat dan lain-lain);
b) [kiasan] berubah pendapat dan lain-lain;
~ lalu bertukar barang dengan tidak menambah wang;
~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dan lain-lain);
~ tangan berpindah kepada orang lain (pihak lawan dan sebagainya);
~ tempat
a) yang satu berpindah ke tempat yang lain dan kebalikannya;
b) berpindah tempat;
seiring ~ jalan, seia ~ sebut (peribahasa) orang yang setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya;
bertukar-tukar
1. selalu berganti, berganti-ganti;
2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap);
3. saling memberi:
mereka dibenarkan ~ hadiah yang kecil-kecil;
kami sering berbincang dan ~ pendapat;
bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi:
mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yang membawa makna;
menukar
1. mengganti dengan yang lain:
~ pakaian;
2. merubah kepada keadaan yang lain:
air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan;
kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara;
3. menghantar (meletakkan dan lain-lain) ke tempat lain, memindahkan;
4. [Minangkabau] membeli-belah, berbelanja;
tukar-menukar saling memberi, beri-memberi:
pada zaman dulu orang menjalankan perniagaan dengan cara ~ barang;
menukari memberi sesuatu sebagai ganti, mengganti:
~ wang kertas dengan wang perak;
menukarkan
1. menggantikan dengan yang lain:
yang dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yang lemah dengan orang Belanda yang lebih kuat;
2. mengubahkan kepada sesuatu yang lain (menjadi sesuatu yang lain):
ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka;
3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dan lain-lain) ke tempat lain:
aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan;
mempertukarkan
1. menukarkan;
2. menjadikan bertukar(-tukar);
tukaran sesuatu yang ditukarkan, pengganti:
jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya;
pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dan sebagainya bertukar-tukar (pendapat dan sebagainya):
sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dari satu jenis ke satu jenis yang lain;
suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yang digunakan dalam perniagaan antara negara);
penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), pemindahan, penggantian, pengubahan:
diadakan ~ tandatangan sebagai cenderamata;
penukar orang atau alat yang menukar(kan);
~ wang orang yang menukar wang (wang dalam negara dengan wang luar negara).
tukas I
menukas, menukasi mendakwa tanpa bukti yang cukup, menuduh sembarangan;
tukasan dakwaan yang tidak beralasan;
= tugas II.