trimaran

kapal layar laju yang bentuknya seperti katamaran, tetapi mempunyai tiga badan kapal yang bersambung selari antara satu sama lain.

trimurti

[Indonesia] keesaan dari tiga (wujud, orang, dan lain-lain), tritunggal:
keesaan Tuhan, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah ~ orang Kristian.

triniti

keesaan dari tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus) menurut kepercayaan Roman Katolik, tritunggal, trimurti.

trio

1. gubahan lagu atau irama untuk tiga suara atau tiga alat muzik;

2. kumpulan daripada tiga orang penyanyi atau pemain muzik;

3. kumpulan daripada tiga orang atau benda.