[Minangkabau] jendul, tonjol.
tokong IV
1. [bahasa percakapan] topekong;
2. rumah topekong.
tokpekong
topekong.
toksemia
(Perubatan) keracunan darah, terutamanya yang disebabkan oleh toksin bakteria.
toksik
beracun:
bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yang menyebabkan pencemaran alam;
ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) beracun:
logam strontium dan lantanum mempunyai kelarutan dan ~ yang rendah;
komponen virus dalam vaksin influenza mempunyai ~ yang menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam.
toksikologi
sains perubatan yang mengkaji tabii dan tindakan racun.
toksin
(Perubatan) bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentu.
toksoplasmosis
(Perubatan) sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan parasit Toxoplasma gondii yang boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami jaundis, dan pembesaran hati dan limpa dan badannya menggigil-gigil dan terkejang-kejang.
toktok
batang kayu yang diberi berongga (diletakkan di surau dan lain-lain) dan diketuk untuk memanggil orang sembahyang dan lain-lain.
tol
bayaran yang dikenakan kerana menggunakan jalan raya, jambatan, dan sebagainya.