tenun

barang ~ barang-barang yang dibuat daripada benang dan lain-lain (kain , kapas, sutera, dan lain-lain);
abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas untuk membuat kain (cita dan lain-lain);
industri (perusahaan) ~ perusahaan membuat barang tenun;
kain ~ kain yang dibuat daripada benang;
pabrik ~ [Indonesia] kilang barang tenun;
tukang ~ orang yang membuat kain (dengan menggunakan alat tenun);

bertenun membuat barang tenun (kain dan lain-lain):
ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera;
~ sampai ke bunjainya
(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna;

menenun membuat barang tenun (daripada benang, sutera, dan lain-lain):
di kawasan ini ada pelbagai perusahaan seperti ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri;

menenuni menggubah:
aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;

tenunan
1. cara menenun:
kain ini ~nya halus;

2. hasil daripada menenun, barang-barang yang ditenun:
kain ~ Jawa;

penenunan
1. perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menenun:
~ linen dan penjahitan baju;

2. = pertenunan tempat (kilang dan lain-lain) menenun;

penenun orang yang menenun:
kapas juga ada ditanam untuk kegunaan ~ kain di negeri itu.

tenung

ilmu untuk mengetahui sesuatu yang akan terjadi pada masa yang akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dan lain-lain), nujum, ramal;
ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dan lain-lain);
juru~ = tukang ~ = pandai ~ orang yang pekerjaannya menilik nasib orang;
membaca (membukakan) ~ = melihat dalam ~ menengok nasib orang dengan tenung;

bertenung
1. membaca tenung, meramalkan, menelah:
jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada;

2. = ~ kepada meminta supaya diramalkan nasibnya pada;

menenung 1. = menenungkan menilik nasib dan lain-lain dengan tenung, meramalkan, menelah:
marilah kita sekalian pergi kepada Pak Belalang minta ditenungkan;

2. melihat tepat-tepat, memandang, memerhati, menatap, merenung:
dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan;

tenungan ramalan (nasib dan lain-lain), telahan;

penenungan perihal menenung;

penenung tukang tenung, jurutenung.

tenusu

1. tempat menyimpan susu dan membuat mentega (keju);

2. perusahaan menyimpan susu dan membuat mentega;
lembu ~ lembu yang diternak untuk susunya;

pentenusu pekerja tenusu.

tenyeh

menenyeh menekan-nekan dan memicit-micit sesuatu:
dia ~ matanya yang gatal dengan jarinya;

menenyehkan menekankan:
kemudian ditenyehkannya puntung rokoknya ke tempat abu rokok.

teokrasi

sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara.

teorem

(Matematik) prinsip (dalam ilmu geometri) yang telah dibuktikan secara logik;
~ binomial rumus yang membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dengan tidak perlu didarab berkali-kali;
~ Pythagoras teorem yang menyatakan bahawa pada segi tiga yang bersudut tepat luas segi empat sama pada garisan sendengnya sama dengan jumlah luas segi empat sama pada sempadan-sempadan sudut tepat itu.