[Kelantan], [Terengganu] jalan besar, jalan raya, jalan bertar.
tembokor
bokor.
tembolok
1. kantung tempat menyimpan makanan pada leher burung (ayam dan lain-lain):
kelihatan padi berhamburan di tanah dari ayam tedung, kerana ~nya belah kena taji ayam kurik;
2. [bahasa kasar] perut;
asal berisi ~ senang hati (peribahasa) apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati.
tembor
[Kelantan], [Terrenganu] melanggar:
kenapa kamu selepas sembahyang terus ~, tidak menunggu sampai habis imam membaca doa?
tembosa
sejenis kuih daripada tepung (yang berintikan keledek, udang kering, daging, dan lain-lain).
tembuk I
1. berlubang (kain, kertas, dan lain-lain), tembus:
tapak kasutnya telah ~;
2. berongga atau berlubang (gigi, batu, dan lain-lain):
giginya ~ dimakan ulat;
menembuk membuat lubang (pada kertas dan lain-lain), menebuk, menembus.
tembuk II
~ tebing sejenis ikan darat, Luciocephalus pulchur.
tembuku
[arkaik] sejenis tombol pada tiang perahu.
tembun
[Kedah] tambun.
tembung I
sejenis tongkat (daripada kayu dan lain-lain) yang digunakan sebagai senjata, belantan, gada;
menembung memukul dengan tembung.