telesidang

persidangan yang berlangsung dengan para pesertanya berkomunikasi antara satu sama lain dari tempat-tempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya.

teleskop

alat yang bentuknya seperti tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya untuk melihat objek yang sangat jauh, misalnya bintang, dengan terang dan besar, teropong jauh.

teleteks

perkhidmatan berita dan maklumat elektronik yang berupa teks dan grafik yang disiarkan di televisyen melalui sistem tertentu, biasanya khusus untuk orang yang melanggan perkhidmatan itu.

teleton

siaran khas televisyen yang panjang, bertujuan untuk memungut derma tabung kebajikan dan sebagainya.

televisyen

1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen;

2. = peti ~ alat yang menerima pancaran televisyen;
~ berwarna = ~ warna televisyen yang menyiarkan gambar berwarna;
~ litar tertutup
a) sistem televisyen yang dipasang untuk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dalam tempat atau bangunan tertentu;
b) sistem televisyen yang isyarat videonya dipancarkan daripada satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yang terkawal, untuk kawalan keselamatan dan sebagainya.

telik

(Sunda) ark
1. tajam pelihatannya, awas;

2. = penelik mata-mata gelap, pengintip, penyuluh;

menelik memata-matai, mengintip, menyuluh (rahsia dan lain-lain).