[Jakarta] kena benar, tepat.
telakan
telekan.
telampung
[arkaik] kayu dan lain-lain yang mengapung di air, pelampung.
telan
~ batu (peribahasa) menyembunyikan rahsia;
menelan
1. memasukkan (makanan dan lain-lain) ke dalam perut melalui kerongkong:
makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya;
2. memakan mangsa dan lain-lain, melulur:
ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau;
3. [kiasan] memakai banyak-banyak (perbelanjaan dan lain-lain), banyak memakan atau menggunakan:
untuk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yang besar juga;
4. [kiasan] mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dan lain-lain):
sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam lapangan sosial;
5. [kiasan] menerima sesuatu yang tidak menyenangkan (seperti kekalahan dan lain-lain):
walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yang sebegitu pedas;
6. menguasai (negeri dan lain-lain), menakluki:
dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun;
7. [kiasan] menguasai, menghapuskan, melenyapkan:
sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yang patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman;
hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar (peribahasa) berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat sulit, berada dalam keadaan yang serba salah;
tertelan
1. sudah ditelan, dengan tidak sengaja ditelan;
2. dapat ditelan:
ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit;
penelanan perbuatan (proses dan sebagainya) menelan.
telancang, telancung
sejenis burung, Aethostoma rostratum.
telang I
buluh ~ sejenis buluh yang tipis sekali, talang;
bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, kelang (kembang, bunga) teleng, Clitorea ternatea.
telang II
bertelang berbelang (kulit harimau dan lain-lain), bercoreng, loreng.
telangkai
1. orang yang menjadi perantara dalam perkahwinan (perundingan dan lain-lain):
tiga hari kemudian ~ itu pun datanglah untuk meminang gadis itu;
dalam ~ sudah dipinang orang (berkenaan (dengan) gadis);
2. orang tengah, wasitah (dalam perniagaan, perundingan, dan lain-lain), wakil:
orang tua tadilah ~ penjualan kerbau itu;
menelangkai menanyakan (meminang, melamar) gadis untuk:
maka ada dalam surat menyebuntukan ~ puteri anak Raja Besar di Ujung Tanah;
penelangkaian perihal menelangkai, peminangan.
telangkup
tertungkup, tertiarap, lawan terlentang;
menelangkupkan meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan:
Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pada meja, menangis lagi.
telanjang
= bertelanjang
1. tidak bertutup tubuhnya (dengan pakaian), berbogel:
dia membuka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi;
apabila ia menoleh kepada tubuhnya barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat;
2. tidak bersarung (keris, pedang,