teater

1. bangunan yang di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dan sebagainya untuk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam;

2. seni pentas:
mereka membicarakan perkembangan ~;

berteater bergiat dalam bidang teater:
janganlah asyik ~ sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab yang lain;

penteateran segala hal yang berkaitan dengan teater:
alam ~ menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa.

tebah I

menebah
1. memukul sesuatu dengan barang yang pipih:
~ air dengan dayung;
~ dada
menampar-nampar dada (kerana marah, sedih, dan lain-lain);

2. membanting (padi):
padi yang ditebah itu dilonggokkan di suatu tempat;

penebah sesuatu yang digunakan untuk menebah:
~ belakang.

tebah II

[Kelantan];

menebah menangkap (belalang, lalat, dan lain-lain) dengan telapak tangan dan lain-lain.

tebak

menebak menarah (dengan kapak), menetak, memenggal;
~ tanah menggali tanah dengan cangkul.

tebak I

[Jakarta];

menebak
1. menjawab teka-teki, meneka:
~ teka-teki;

2. menduga, menelah, mengagak:
siapa dapat ~ apa yang kupegang ini?;
mereka ~ saya akan datang hari itu;

tebakan
1. teka-teki;

2. dugaan, telahan, tekaan.

tebal I

1. tidak tipis (barang yang berkeping-keping atau berhelai-helai, seperti kertas, papan, kain, buku, dan lain-lain):
kertas ~;
selimut ~;
tilam ~;

2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dan lain-lain):
garis ~;
huruf ~;

3. padat (awan, kabus, dan lain-lain), tumpat:
asap ~;
awan ~;

4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dan lain-lain):
hutan yang ~;
rambut ~;
rumput di situ amat ~;

5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dan lain-lain), banyak mengandungi atau berisi dengan (sesuatu), mendalam:
ia tahu betapa ~nya cinta suaminya terhadap dirinya;
~ bibir
tidak suka bercakap banyak;
~ hati keras hati;
~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan;
~ kantung banyak wang (kaya);
~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah;
~ muka = muka ~ tidak tahu malu;
~ telinga
a) tidak menghiraukan (ejekan, makian, dan lain-lain orang);
b) tidak tahu malu;

menebal menjadi tebal:
hujan sudah berhenti betul, hanya asap sabut yang mula ~ semula;

menebalkan
1. menjadikan tebal;

2. memperkukuh (iman, hati, kepercayaan, dan lain-lain), memperkuat, memperteguh:
lawatan itu diadakan untuk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak;
~ muka
menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu;
~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dan lain-lain);

mempertebal menjadikan lebih tebal.

tebal II

~ bibir sejenis ikan laut, Plectorhyncidae;
~ pipi
sejenis ikan laut, Pamadasys spp.;
~ sisik
sejenis ikan darat, Puntius binotatus.